PENULIS: JIMMY HO CHIA CHIN (D20201094313)
Selamat sejahtera,Sebagai pembuka bicara, saya akan memperkenalkan diri saya ya..
Nama saya, JIMMY HO CHIA CHIN dan merupakan seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Saya mengambil bidang AT33 Geografi dengan Pendidikan dan bercita- cita menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan amanah dalam memikul tanggungjawab negara.
Untuk pengetahuan pembaca-pembaca yang saya hormati:
SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MENIMBA ILMU
Info penting:
1. Untuk makluman, kursus KPS3014 ini diwujudkan bertujuan untuk mendedahkan kepada mahasiswa dan mahasiswi berkenaan bagaimana untuk mengenali, memahami, dan mempelajari ilmu-ilmu pengurusan yang perlu dilakukan di sekolah sewaktu bergelar seorang pendidik pada masa akan datang
2. Tujuan utama adalah untuk mempersiapkan diri mahasiswa/i berkenaan persekitaran sebenar yang akan berlaku di sekolah di samping mengajar mahasiswa/i berkaitan cara berkomunikasi paling efektif dengan pelajar-pelajar dan pihak sekolah.
3. Mahasiswa/i akan mengetahui tentang pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
4. Belajar berkenaan ilmu untuk mengurus persekitaran pelajar-pelajar di sekolah sewaktu dilantik menjadi seorang guru.
Diharapkan ilmu ini dapat membantu anda semua untuk terus berjaya dalam bidang yang dipelajari.
Jangan lupa bersabar, bersemangat dan berdoa kepada Tuhan mengikut kepercayaan agama masing-masing supaya kita mampu mencapai impian kita.
Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan