1.0 PENGENALAN
Setiap sekolah pasti akan ada sebuah perpustakaan atau kita kenali sebagai Pusat Sumber Sekolah (PSS) atau Perpustakaan Sumber Pembelajaran (PSP). Dalam perpustakaan ini lah kita dapat membaca banyak buku, majalah, akhbar, dan sebagainya. Pada era pembangunan negara ini, semua perpustakaan sekolah telah dinaiktaraf menjadi pusat sumber elektronik iaitu pelajar-pelajar dapat mengakses pelbagai sumber dari internet dengan menggunakan komputer yang telah disediakan. Oleh itu, murid-murid perlu memanfaatkan kelebihan perpustakaan sekolah dengan sebaik-baiknya untuk menambah ilmu pengetahuan.
2.0 PUSAT SUMBER
Pusat sumber sebagai tempat informasi, inspirasi dan rekreasi. Pusat sumber juga bukan sekadar tempat bahkah merupakan sebuah perkhidmatan, koleksi bahan bacaan dan sumber serta agen perubahan di sekolah.
a) Suatu tempat
- Memberi atau mewujudkan suasana pembelajaran kendiri yang selesa dan aman.
b) Perkhidmatan
- Ditawarkan kepada pelanggan untuk membolehkan pelanggan mendapat ilmu pengetahuan dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran mengikut kaedah yang betul.
c) Koleksi bahan
- Sumber disediakan dengan lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan.
d) Agen perubahan
- Dapat memupuk potensi dan minat pelanggan dalam bidang-bidang pembelajaran .
3.0 OBJEKTIF PUSAT SUMBER
1. Kecemerlangan pendidikan
2. Penggunaan kemudahan
3. Pemupukan tabiat belajar
4. Penghasilan bahan
5. Perkhidmatan pembelajaran
6. Kemahiran maklumat
4.0 FUNGSI PUSAT SUMBER
1. Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko - kurikulum.
2. Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran.
3. Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan.
4. Pintu masuk maklumat dari agensi luar.
5. Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum.
6. Penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
7. Pemgembangan kemahiran pembelajaran kendiri.
8. Penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan
9. Penyedia perkhidmatan reprografi dan rakam salin.
5.0 CIRI-CIRI PUSAT SUMBER YANG BERKESAN
1. Warga sekolah tahu dan kenal pengurus PSS.
2. Terdapat pelbagai aktiviti galakan penggunaan PSS.
3. Perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses PdPc.
4. Lokasi PSS di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi.
5. Warga sekolah suka dan senang datang menggunakan PSS.
6. Warga sekolah faham peranan PSS sebagai khimat bantu kurikulum.
7. Mempunyai koleksi yang sesuai, mengcukupi, terkini dan menarik.
6.0 LANGKAH PEMBENTUKA PSS YANG BERKESAN
- Penubuhan AJK dan pelantikan kaki tangan.
- Rancangan pengoperasian
- Rancangan pengurusan perkhidmatan
- Latihan dan bengkel untuk kaki tangan
- Pengurusan kemudahan fizikal dan keceriaan.
- Orientasi dan penerangan kepada pelanggan
- Kemas kini rekod pengurusan (koleksi)
- Promosi dan galakan penggunaan
- penyemakan stok & penyediaan laporan tahunan.
Gambar 1 menunjukkan Usaha Meningkatkan Penggunaan Pusat Sumber
7.0 BAHAN & PERKAKASAN
1. Bahan bercetak
- Buku
- Bahan khusus
- Terbitan berkala
2. Bahan bukan bercetak
- Perkakas
- Perisian
- Carta
-Permainan
- Audio
- Bahan tiga segi
- Lut sinar
- Video
8.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN SUMBER
- Meliputi satu mata pelajaran tertentu atau melibatkan berbagai disiplin pelajaran
- Dibimbingi oleh guru dan berpusat kepada pelajar
- Bersifat individu atau secara berkumpulan
- Menggunakan bahan bagi pembelajaran secara individu atau kumpulan.
9.0 CIRI-CIRI PEMBELAJARAN BERASASKAN SUMBER
1. Aktivti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber pendidikan
2. Melibatkan pelajar belajar secara aktif
3. Dengan menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran , kaedah kerja dan saluran komunikasi, motivasi belajar akan dapat ditingkatkan
4. Memberi peluang kepada pelajar belajar mengikut keupayaan
5. Lebih fleksibel dalam penggunaan waktu da ruang belajar
6. Mengembangkan sikap yakin kepada diri sendiri dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat.
Gambar 2 menunjukkan Carta Organisasi Perpustakaan Sekolah
Gambar 3 menunjukkan Bidang Kuasa Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
10. RUMUSAN
Setiap murid perlulah memanfaatkan sumber-sumber ilmu yang disediakan oleh pihak kerajaan di sekolah-sekolah di Malaysia. Melalui apa yangs saya fahami, pembelajaran berasaskan bimbingan guru tidak mengcukupi dan memerlukan murid-murid untuk menggunakan sumber kedua untuk menambah ilmu pengetahuan. Di sekolah, murid-murid diberi peluang untuk menggunakan perpustakaan sekolah bagi tujuan pembelajaran di luar bilik darjah. Keadaan ini selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang ingin melahirkan modal insan yang berilmu dan berpengetahuan.
Selain itu, kepentingan perpustakaan sekolah juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Bilik perpustakaan yang dibekalkan untuk murid-murid dapat dimanfaatkan untuk membuat perbincangan secara berkumpulan atau study group. Keadaan ini sebenarnya akan mengeratkan hubungan silaturahim antara murid-murid serta mampu mengembangkan gaya pemikiran untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam matapelajaran.
Sekian terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan