Topik 1: Pengurusan Murid
Pengenalan
Setiap sekolah akan berperanan mendidik dan menjaga kebajikan pelajar tidak mengira siapa mereka atau dari mana asal usul mereka. Pengurusan murid merupakan bidang yang sangat penting di dalam sesebuah institusi pendidikan. Pengurusan murid yang baik dan berkualiti mampu memberi impak yang mendalam berkaitan dengan hal ehwal pelajar dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FSK)
DEFINISI
Proses-proses yang berkaitan dengan
perancangan kerja atau program bagi murid,
pengelolaan murid dan program secara berkesan,
pengawalan dan penilaian prestasi murid serta pemilihan cara atau kaedah yang
berkesan dalam pengurusan organisasi. Menurut Jaafar Muhammad (1998), pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara penrancangan, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengelurkan outpun (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai.
ELEMEN PENGURUSAN MURID
1. Mengurus rekod murid
Setiap sekolah wajib mengurus rekod murid untuk menjaga kebajikan dan keselamatan murid. Tujuan pengurusan murid dilakukan adalah bagi memastikan kelancaran pada sistem pengurusan di sekolah. Segala maklumat berkenaan pelajar atau dikenali sebagai profil pelajar akan dikemaskini bagi kegunaan pada masa akan datang. Sebagai contoh, pihak sekolah perlu mengetahui maklumat berkaitan dengan pelajar, ibubapa atau penjaga pelajar, tempat tinggal pelajar dan maklumat-maklumat yang berkaitan bagi memastikan terdapat pihak yang boleh dihubungi apabila diperlukan oleh pihak sekolah. Rekod murid juga diperlukan bertujuan untuk mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar bagi menyediakan laporan perkembangan murid mengenai kemajuan pelajar dalam perkembangan potensi Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek (JERI).
Kehadiran murid ke sekolah juga perlu diambil dalam buku daftar kehadiran atau sistem kehadiran yang dikemaskinikan. Catatan kehadiran akan dilakukan pada setiap hari sebelum sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PDPR) dilakukan. Semasa pandemik Covid-19 melanda di Malaysia, guru-guru dan pelajar-pelajar akan melakukan sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah sahaja untuk mengekang penularan wabak penyakit. Oleh itu, kehadiran murid sangat diperlukan bagi mencapai matlamat sekolah.
2. Kesediaan Murid Belajar
Kesediaan pelajar sangat penting dalam menyiapkan diri pelajar untuk menuntut ilmu dan mencapai objektif atau matlamat sekolah yang ingin dicapai. Komponen kesediaan pelajar terbahagi kepada tiga iaitu afektif, kognitif dan psikomotor:
Afektif:
- Merujuk kepada sikap, keinginan, minat dan ketekunan seseorang individu untuk menerima pelajaran yang disampaikan oleh guru. Apabila pelajar mempunyai kesediaan afektif yang positif , mereka akan menjadi aktif dan mudah untuk menerima pembelajaran.
Kognitif
- Merujuk kepada peringkat perkembangan mental untuk menerima rangsangan dan memahamo, menaakul dan berfikir serta dapat menghubungkaitkan pengalaman sedia ada seseorang.
Psikomotor
- merujuk kepada kesediaan fizikal pelajar untuk menjalani latihan yang menggunakan fungsi tubuh badan sebagai penggerak utama. sebagai contoh, sumber pengajaran dan pembelajaran yang bergeral hendaklah mengandungi gambar yang besar dan menarik serta mempunyai huruf-huruf yang besar untuk memudahkan penglihatan murid.
3. Memotivasikan Murid
Motivasi merupakan rangsangan yang membangkitkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu. Tingkah laku yang berpusatkan pada sesuatu perkara, dan mampu menghasilkan kepuasan secara berulang-ulang. Naluri ingin tahu mencetuskan tingkah laku seperti ingin mencuba, mencipta dan mereka bentuk. Dari segi desakan melibatkan tindakan disebabkan oleh keperluan fisiologi, keperluan melibatkan keinginan memenuhi kekurangan fisiologi dan psikologi. Sikap pula dibentuk daripada kefahaman, perasaan dan tindakan, harapan iaitu ramalan subjektif selaras dengan kognitif, aspirasi iaitu penilaiaan yang subjektif terhadap tugas yang dilaksanakan.
Pada guru boleh meningkatkan motivasi kepada pelajar melalui menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mampu memberangsangkan pelajar untuk menjadi lebih baik. Sebagai contoh, persekitaran yang baik ialah menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif untuk pelajarnya, menentukan sasaran dan taraf pencapaiaan akademik yang perlu dicapai dan memastikan penglibatan pelajar dalam semua aktiviti pembelajaran di dalam atau di luar kelas.
Rumusan
Kesimpulannya, pengurusan murid merupakan tugas atau tanggungjawab yang sangat penting yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah. Maklumat-maklumat berkenaan diri murid sangat diperlukan sekiranya berlaku kecemasan atau sesuatu yang tidak diingini. Pihak sekolah juga bertanggungjawab sepenuhnya terhadap murid-murid berkaitan degna kebajikan mereka. Sebagai contoh, kehadiran murid-murid ke sekolah perlulah berada pada tahap yang terbaik supaya mereka dapat belajar dengan baik dan tidak ketinggalan.
Pada pendapat saya, semua guru dan pihak sekolah perlu memainkan peranan yang penting supay semua murid mendapatkan hak pembelajaran sama rata. Keadaan ini akan membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membasmi masyarakat yang buta huruf dan semua mampu mencapai kejayaan. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan