NAMA PENULIS: JIMMY HO CHIA CHIN (D20201094313)
1.0 PENGENALAN
Pada 28 februari 1983, Jawatankuasa kabinet antidadah telah mengisytiharkan "Dadah Musuh Utama Negara". Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Setiap sekolah perlu meletakkan tanggungjawab mereka yang maksimum untuk membanteraskan isu penyalahgunaan dadah ini daripada perleluasa dalam kalangan pelajar di sekolah. Sebagai contoh, pihak sekolah perlulah mengemaskini peraturan-peraturan yang sedia ada supaya menjadi lebih sistematik dan berkesan. Isu penyalahgunaan dadah ini bukan sahaja berlaku di sekolah bandar malah berlaku di sekolah luar bandar pada akhir-akhir ini. Oleh itu, isu penyalahgunaan dadah telah menjadi masalah yang paling besar di sekolah dan sangat berbahaya kepada pelajar-pelajar.
2.0 MATLAMAT PENGURUSAN PENCEGAHAN PENDIDIKAN DADAH
- Memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan, dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah.
- VISI: Sekolah Bebas Dadah
- MISI: Melaksanakan aktiviti-aktiviti pendidikan pencegahan dadah (PPDa) yang menyeluruh daripada aspek pengurusan & kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
3.0 OBJEKTF PPDa
- Meningkaykan pengentahuan, kefahaman, dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
- Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
- Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni.
- Mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dala usaha mencegah dadah.
4.0 ORGANISASI PENGURUSAN PPDa
5.0 KOMPONEN PENGURUSAN PPDa DI SEKOLAH
- Menubuhkan Jawatankuasa PPDa induk dan Jawatankuasa Pelaksana di Sekolah
- Menyenaraikan peranan/ tugas jawatankuasa pelaksana
- Merancang program/ aktiviti PPDa di sekolah
- Melaksanakan program/ aktiviti PPDa di sekolah
- Menyelaras progra/ aktiviti peringkat sekolah
- Membuat pemantaun dan penilaian
- Menyediakn laporan.
6.0 PENGURUSAN PPDa
- Dalam memastikan program PPDa berjalan dengan mantap, pihak sekolah haruslah memastikan pengurusan PPDa berfungsi sekolah masing-masing. Pengurusan yang berkualiti akan membantu perlaksanaan Program PPDa diterima oleh keseluruhan komuniti sekolah. Ia juga akan memberi kesan kepada diri pelajar agar tidak mudah terjebak dalam penagihan rokok dan dadah diperingkat awal.
- Oleh yang demikian, siste fail yang tersusun hendakla diwujdukan. Ini bukan sahaja memudahkan proses pemantauan oleh KPM/ JPN/ PPD dan pihak sekolah sendiri. malah membantu pengurusan guru di sekolah. Beberapa perkara perlu diberi perhatian, antaranya:
1) Fail PPDa (fail induk)
a. Fail putih yang didaftarkan melalui rekod fail.
b. Terkandung surat diterima dan surat keluar.
c. Perlu sentiasa direkod/ semak/ diminit.
2) Fail pengurusan PPDa (fail sokongan)
a. Misi, Visi, Objektif dan Matlamat PPDa
b. Jawatankuasa PPDa Sekolah 2011
c. Senarai tugas Jawatankuasa 2011
d. Perancangan/ Takwim PPDa 2011
e. Pelan Tindakan
f. Kertas kerja/ Aktiviti
3) Rekod-rekod PPDa
a. Rekod Kes Murid terlibat dadah/Ujian Urin (SM)
b. Rekod Kes Murid terlibat rokok (SM dan SR)
c. Rekod aktiviti PPDa
4) Program/ aktiviti PPDa
a. PPDa dalam KBSM
c. SLAD
d. Sambutan minggu anti-dadah
e. Mesej Antidadah dalam perhimpunan
f. Program Intervensi Pelajar
5) Buku-Buku PPDa
a. Perancangan strategi 5 tahun PPDa
b. Jurnal PPDa
c. Buku kit PdPc PROSIDAR
d. Pekeliling Ikhtisas PPDa
6)RUMUSAN
Setiap sekolah tidak akan terlepas dengan masalah penyalahgunaan dadah terutamanya berlaku dalam kalangan pelajar. Oleh itu, setiap pihak perlu bertanggungjawab untuk memastikan tiada sesiapa yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah di sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan