TOPIK 2: PENGURUSAN BILIK DARJAH




PENULIS: JIMMY HO CHIA CHIN (D20201094313)


1,0 PENGENALAN:

   Setiap sekolah mesti mempunyai beberapa buah kelas atau lebih dikenali sebagai bilik darjah untuk kegunaan pelajar-pelajar bagi menuntut ilmu. Tahukah anda bahawa persekitaran bilik darjah mampu mempengaruhi minat pelajar dalam menuntut ilmu. Persekitaran bilik darjah yang kondusif akan mempengaruhi cara belajar pelajar dengan tenang tanpa sebarang gangguan daripada persekitaran. 


2.0 DEFINISI PENGURUSAN:

Proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif atau kumpulan, gerak kerja termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.


3.0 DEFINISI  BILIK DARJAH:

Bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pelajar boleh mendengar dan mempelajari iilmu yang diajarkan oleh guru-guru matapelajaran. Oleh itu, berlaku proses komunikasi dua hala antara guru dan pelajar bagi membincangkan sesuatu masalah yang dihadapi dalam pelajaran.


4.0 TAKRIFAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF

Suasana bilik darjah yang mampu mendatangkan minat kepada pelajar dan menyediakan suasana pembelajaran yang selesa.



Gambar 1: Faktor-faktor


5.0 SUSUNAN BILIK DARJAH:

1. Membantu pelajar yang lemah

- Pembelajaran yang berkonsepkan rakan sebaya

2. Menggalakkan perkongsian idea

- Pelajar tidak segan memberi dan berkongsi pendapat

3. Mewujudkan konsep masyarakat majmuk

- Dapat melahirkan masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan agama


6.0 PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH:

1. Mempunyai sikap dedikasi dalam diri

2. Mempunyai sikap emosi yang stabil

3. Sebagai fasilitator dalam menguruskan semua hal berkaitan PdP di dalam kelas

4. Menyediakan persekitaran yang positif

5. Mempunyai sifat yang fleksibel

6. Mempunyai unsur-unsur inovatif dan kreatif

7. Mempunyai unsur kecindan sewaktu bersama murid



7.0 INISIATIF-INISIATIF PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG EFEKTIF:

1. Guru tersebut sebagai seorang guru yang terlatih

2. Merancang persekitaran bilik dan rutin harian

3. Guru sebagai permudahcara dalam pembahagian tugas kepada murid


8.0 RUMUSAN

    Persekitaran bilik darjah yang kondusif dan sistematik akan memberi ketenangan dan keselesaan kepada pelajar untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran. Mereka juga akan berasa kurang risau dan selamat sekiranya persekitaran bilik darjah dijaga rapi sepenuhnnya. Sebagai seorang guru kelas yang bertanggungjawab, keperluan untuk memastikan murid-murid belajar dalam suasana yang selesa sangat dititik beratkan. Sebagai contoh, setiap murid perlu mempunyai kelengkapan seperti meja, kerusi yang mengcukupi untuk pembelajaran yang sempurna. 

    Pada pendapat saya, pihak sekolah juga perlu menjaga kebajikan murid-murid supaya mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk memperolehi keputusan yang cemerlang. Oleh itu, matlamat pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mewujudkan tempat belajar yang kondusif dalam bilik darjah dapat dicapai dengan jayanya.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGENALAN DIRI

  PENULIS: JIMMY HO CHIA CHIN (D20201094313) Selamat sejahtera, Sebagai pembuka bicara, saya akan memperkenalkan diri saya ya.. Nama saya, J...