UNIT 8: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

 




PENULIS: JIMMY HO CHIA CHIN D20201094313

1.0 PENGENALAN

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap sekolah di Malaysia akan mempunyai pelajar-pelajar yang memiliki perbezaan dari segi keupayaan. Kepelbagaian upaya ini dapat dilihat ke atas kemampuan pelajar untuk menguasai pelajaran yang menjadi tanggungjawab utama mereka. Sebagai contoh, di sekolah akan ada pelajar yang berada dalam tahap lemah (golongan pelajar yang memerlukan pemulihan), sederhana(golongan pelajar biasa) dan elit (golongan yang berpotensi). Dalam keadaan tersebut, setiap pelajar yang mempunyai kepelbagaian keupayaan ini akan disatukan dan dipertanggungjawabkan pengurusan kepada pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan berkualiti.
    Menurut Mohd Sharani Ahmad (2006), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Khas meletakkan misi pendidikan khas iaitu "menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khaas bagi membolehkan mereka menjadi insan yang berdikari, berjaya dalam kehidupan, serta berupaya menyumbang ke arah pembangunan masyarakat dan negara Malaysia. Oleh itu, pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk modal insan yang berkualiti dan cemerlang pada masa akan datang.

2.0 PENGURUSAN KEPELBAGAIAN UPAYA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), 'pulih/ bermaksud kembali seperti biasa atau kembali kepada keadaan semula. 'Pemulihan' bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini, pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan kebiasaaanya dikaitkan dengen usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetulkan sesuatu.
    Konsep pendidikan pemulihan khas ialah pengajaran pemulihan yang berdasarkan kepada diagnosis kelemahan dan kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid tersebut. Sebelum murid-murid ditempatkan di kelas pemulihan khas, mereka akan mengikut prosedur-prosedur sepertu yang terdapat dalam carta alir pelaksanaan program pendidikan pemulihan khas untuk mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat penilaian awal atas mereka. Menurut Ab. Rahman, et. al. 1997 dalam buku Pengantar Pendidikan Khas karya Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011), pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran 3M.
    Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik darjah merupakan satu keperluan asas yang utama perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas. Pelajar-pelajar yang ketinggalan atau lemah dalam pelajaran akan diasingkan daripada pelaar-pelajar yang lain. Mereka akan ditempatkan di bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Matlamat program tersebut bertujuan untuk:
  • Menguasai kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira).
  • Meneruskan pembelajaran di kelas biasa.
  • Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
3.0 KONSEP PEMULIHAN
  • Mengutamakan prinsip ' menyelesaikan masala seawal mungkin' supaya tidak kronik.
  • Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.
  • Melalui program pemulihan khusus, keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.
4.0 PERANAN GURU
  • Menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid.
  • Membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid.
5.0 KONSEP PENGAYAAN
  • Melibatkan murid- murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas.
  • Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas.
  • Bercorak belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima
6.0 BERKEPERLUAN KHAS
  • "Individuals who differ from societal or community standard of normalcy. These differences may be due to significant pysical, sensory, cognitive or behavioural characteristics. Many of these children may require educational program customized to their unique needs' Garciulo (2003).
7.0 PINTAR CERDAS
  • Menurut Ross (1993), pelajar pintar cerdas didefinisikan sebagai pelajar yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain.
8.0 PENDIDIKAN AUTISME
  • Pendidikan di sekolah kerajaan, swasta atau pemulihan dalam komuniti (PDK)
  • Program bersepadu dan terancang.
  • Pendekatan yang dijalankan adalah dari segi tingkah laku pelajar.
  • Pendidikan Inklusif
9.0 TEORI KECERDASAN PELBAGAI
  • Diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983.
  • Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran.
  • Memperkenalkan 9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu.
- Kecerdasan Logik- Matematik
- Kecerdasan Verbal- Linguistik
- Kecerdasan muzik
- Kecerdasan Kinestetik Badan
- Kecerdasan Interpersonal
- Kecerdasan Intrapersonal
- Kecerdasan Ruang Visual
- Kecerdasan Naturalis
- Kecerdasan Eksistensialis


10.0 RUMUSAN
Pada pendapat saya, pengurusan kepelbagaian upaya sangat penting dalam pengurusan sesebuah sekolah. Kita dapat melihat kepelbagaian tahap pembelajaran murid-murid supaya guru-guru dapat menyediakan strategi yang terbaik untuk mendidik peljar-pelajar. Sebagai contoh, pihak sekolah perlu menyeimbangkan tahap keupayaan semua murid supaya mereka boleh belajar bersama-sama tanpa ada perbezaan dari segi tahap pemikiran dan sebagainya. Oleh itu, pengurusan pelbagai keupayaan akan meningkatkan keupayaan pembelajaran murid di sekolah.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGENALAN DIRI

  PENULIS: JIMMY HO CHIA CHIN (D20201094313) Selamat sejahtera, Sebagai pembuka bicara, saya akan memperkenalkan diri saya ya.. Nama saya, J...