NAMA PENULIS: JIMMY HO CHIA CHIN (D20201094313)
1.0 PENGENALAN
Sebuah sekolah yang mempunyai pelajar-pelajar yang sentiasa mencapai keputusan yang cemerlang merupakan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang selamat. Sekolah Selamat merupakan sebuah sekolah yang perlu diwujudkan untuk memastikan semua pelajar belajar dalam suasana yang bebas daripada sebarang kecelakaan atau kemalangan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, setiap pelajar berhak mendapatkan suasana belajar yang kondusif dan selamat. Oleh itu, penting untuk setiap sekolah mengekalkan persekitaran yang baik supaya pelajar mampu menumpukan perhatian serta mencapai keputusan yang terbaik untuk sekolah.
2.0 HUBUNGAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT
- Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks.
- Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah
3.0 FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN
- Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaks iaitu pihak pentadbur, guru dan murid.
- Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat.
- Terdapar hubungan antara faktor-faktor sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah.
- Sebagai contoh, kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah.
- Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah.
- Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembeajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutamanya dari segi pencapaian akademik dan sahsiah.
4.0 HUBUNGAN ANTARA PIHAK SEKOLAH DENGAN PIHAK DI LUAR SEKOLAH.
- Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dan pihak-pihak luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat.
- Pengetua adalah individu yang berperanan menginisiatifkan pembinaan hubungan yang baik dengan pihak-pihak luar sekolah. Walaubagaimanapun, guru-guru juga bole memainkan peranan yang penting ke arah hubungan sedemikian.
- Sebagai contoh, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah.
- Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya.
5.0 SEKOLAH DAN KOMUNITI
- Ciri-ciri yang menyebabkan komuniti sama atau berbeza seperti nilai tradisi, etnik, kelas sosial, jenis pekerjaan, jenis kediaman, lokasi, kepercayaam dan fahaman komuniti.
- Komuniti yang sama akan menjadikan teras penyatuan dalam komuniti dan antara komuniti.
- Pada hari ini, mula dilihat banyak berlaku kerenggangan hubungan antara komuniti dan sekolah.
- Di sesetengah tempat, terutamanya di bandar, komuniti setempat tidak lagi mempunyai hubungan rapat dengan pihak sekolah.
- Hubungan sekolah dan komuniti sekitar perlu dibina. Pembinaan hubungan ini dapat dijayakan oleh kepimpinan sekolah.
- Komuniti sebenarnya dapat memberi banyak sn
- umbangan kepada pihak sekolah.
- Komuniti mungkin boleh membantu sekolah dalam hal-hal seperti:
- Kewanga
-Kepakaran dan khidmat nasihat
- Keselamatan
- menyelesaikan persengketaan antara ahli-ahli komuniti sekolah dengan komuniti luar.
6.0 KESIMPULAN
Pada pendapat saya, pihak kerajaan khas nya perlu mengambil cakna berkaitan kualiti sekolah dan persekitaran. Sekolah yang selamat mampu melahirkan pelajar-pelajar yang celik pandai. Hasilnya, negara mampu melahirkan ramai modal insan yang terbaik serta berkualiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan