TOPIK 6: PENGURUSAN PENASIHATAN

 



PENULIS: JIMMY HO CHIA CHIN (D20201094313)


1.0 PENGENALAN
Setiap sekolah tidak akan terlepas dengan pelajar yang mempunyai masalah. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, pelajar biasanya menghadapi masalah dan sukar untuk meluahkan kepada sesiapa yang dipercayai. Sebagai contoh, masalah peribadi seperti masalah keluarga atau persekitaran yang akan menganggu tumpuan pelajar untuk belajar di sekolah. Oleh itu, setiap sekolah perlu mempunyai Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) untuk membantu pelajar-pelajar yang bermasalah. Keadaan ini akan memberi mereka ketenangan di sekolah dan merasakan sekolah merupakan tempat selamat dan mengelakkan mereka daripada melakukkan apa-apa yang memberi bahaya kepada mereka. Sebagai contoh, tekanan yang berlaku sering terjadi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dan tidak berani untuk mendapatkan nasihat daripada pihak yang arif.

2.0 DEFINISI PENASIHATAN
  • Zuraidah (1994) berpendapat bahawa memberi nasihat ialah strategi untuk menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat.
  • Gibsom dan Michell (1990) menyatakan nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna.
3.0 CIRI-CIRI PENASIHATAN
  • Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah.
  • Berbentuk arahan atau suruhan daripada seseorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seseorang yang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih mempunyai kelayakan dan pengiktirafan.
  • Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.
4.0 DEFINISI BIMBINGAN
  • Bantuan yang diberikan oleh seseorang, baik lelaki dan perempuan yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memandai kepada seorang individu dari setiap peringkat usia untuk menolongnnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow, 1960)
  • Suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilinynya supaya ia boleh menggunakan kebolehannya, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya (Suradi, 1966)
  • Cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri (Amla et al, 2006).
5.0 CIRI-CIRI BIMBINGAN 
  • Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan.
  • Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya.
  • Bimbingan yang diberikan ialah kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya.
6.0 PROSES BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

Terdapat 5 fasa iaitu:
  • Fasa 1 - Kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar.
  • Fasa 2 - Menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan
  • Fasa 3 - Proses mengenali pelajar
  • Fasa 4 - Proses membimbing pelajar
  • Fasa 5 - Fasa Analisis Penilaian
7.0 PERBEZAAN DI ANTARA PEMBIMBINGAN DA PENASIHATAN DENGAN KAUSELING



8.0 DEFINISI MENTORING
  • Daripada persepktif umum, mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu ke individu/ ramai (one-to one/many relationship) yang berterusan akan meningkatkan tahap professionalisme mantee.
  • Sarah Fletcher (2000) pula mengatakan mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus dan mengarahkan.
  • Daripada konteks pendidikan pula, mentoring adalah gabungan melatih (coaching), kaunseling dan penilaian di masa guru berpengalaman (mentor) di berikan tanggungjawab untuk membantu guru baru (mentee) mendalami perkembangan professional
9.0 RUMUSAN
Pada pendapat saya, setiap sekolah sangat memerlukan pakar nasihat seperti guru kaunseling untuk membantu pihak sekolah mengawal dan menjaga pelajar. Oleh itu, pengurusan penasihatan akan meningkatkan kualiti pelajar di mana tiada sesiapa pun yang akan ketinggalan dan semua dijaga dengan baik.




























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGENALAN DIRI

  PENULIS: JIMMY HO CHIA CHIN (D20201094313) Selamat sejahtera, Sebagai pembuka bicara, saya akan memperkenalkan diri saya ya.. Nama saya, J...