NAMA PENULIS: JIMMY HO CHIA CHIN
1.0 PENGENALAN
Sebuah sekolah yang mempunyai pelajar-pelajar yang sentiasa mencapai keputusan yang cemerlang merupakan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang selamat. Sekolah Selamat merupakan sebuah sekolah yang perlu diwujudkan untuk memastikan semua pelajar belajar dalam suasana yang bebas daripada sebarang kecelakaan atau kemalangan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, setiap pelajar berhak mendapatkan suasana belajar yang kondusif dan selamat. Oleh itu, penting untuk setiap sekolah mengekalkan persekitaran yang baik supaya pelajar mampu menumpukan perhatian serta mencapai keputusan yang terbaik untuk sekolah.
2.0 APA ITU SEKOLAH SELAMAT?
- Sekolah selamat ialah sebuah tempat yang ketiadaan gangguan dan ancaman berbentuk fizikal dan sosioemosi daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar sekolah.
- Persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan.
3.0 PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT
4.0 SURAT PEKELILING BERKAITAN KESELAMATAN SEKOLAH
- Keselamatan diri pelajar di sekolah Bil.8 (1988)
- Keselamatan diri murid pergi dan balik ke kampung Bil.8 (1999)
- Menangani masalah keselamatan, dadah dan gengster Bil.6 (2000)
- Mencegah kebakaran di sekolah Bil.7 (2000)
- Pelaksanaan program sekolah selamat Bi.4 (2002)
- Langkah-langkah keselamatan semasa mengikut aktiviti/ program di luar waktu persekolahan Bil.8 (2009)
- Pengurusan keselamatan murid di sekolah Bil.8 (2011)
5.0 KESIMPULAN
Pada pendapat saya, pihak kerajaan khas nya perlu mengambil cakna berkaitan kualiti sekolah dan persekitaran. Sekolah yang selamat mampu melahirkan pelajar-pelajar yang celik pandai. Hasilnya, negara mampu melahirkan ramai modal insan yang terbaik serta berkualiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan