TOPIK 5: PENGURUSAN TINGKAH LAKU

 



PENULIS: JIMMY HO CHIA CHIN (D20201094313)



1.0 PENGENALAN
Tingkah laku merupakan titik ukuran yang dilihat pada diri murid di sekolah yang menggambarkan tindakan yang dilakukan. Kebanyakkan murid akan mudah terpengaruh dengan pengaruh persekitaran mereka. Sebagai contoh, murid-murid akan dipengaruhi oleh kawan-kawan mereka, guru-guru dan masyarakat. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, orang-orang disekeliling mereka merupakan insan yang paling rapat dan memberi impak dalam kehidupan seharian mreka. Oleh itu, kajian terhadap tingkah laku sangat penting dalam pendidikan supaya pendidik-pendidik dapat mengetahui corak pembelajaran yang berkualiti untuk disampaikan kepada mereka.

2.0 DEFINISI PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Pengurusan Tingkah Laku Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintiifik yang dibuat secara analisa untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seseorang individu. Pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan di mana, pelaksana perlu melakukan beberapa perkara penting sebelum dan semasa proses pengurusan tingkah laku dilaksanakan. Menurut Zirpoli dan Melloy (1993) memberikan empat perkara yang perlu dilakukan oleh pelaksana, iaitu : 
a) Memerhati, mengukur dan menilai corak perlakuan semasa 
b) Kenal pasti antecendant dan consequences persekitaran
c) Tentukan objektif tingkah laku baru



3.0 PERATURAN 6: PERWAKILAN KUASA OLEH GURU BESAR
  • Guru besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkan kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkan patut mewakilkan kuasa disiplin  sekolah dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya.
  • Tidak seorang pun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana orang selain guru berdaftar.
4.0 PERATURAN 8: KUASA GURU BESAR MENGGANTUNG PERSEKOLAHAN ATAU MEMBUANG MURID DARI SEKOLAH
  • Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati guru besar sesebuah sekolah
  • Sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman dimana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahnya ataupun dibuang sekolah.
  • Yang seseorang murid telah melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 7, ia boleh dengan perintah menggantung murid itu dari hadir sekolah selama suatu tempoh yang difikirnya patut atau membuang murid tersebut dari sekolah.

5.0 PERATURAN 10: RAYUAN
  • Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahnya atau dibunag di bawah peraturan 8(a) boleh merayu
  • Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau peraturan 9 boleh, dalam tempoh satu bulan dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh printah yang disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya mengikut mana yang lebih lama, merayu kepada menteri mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 90 dan 91 ordinan.
6.0 PERATURAN 11: CATATAN DIBUANG SEKOLAH DALAM SIJIL BERHENTI SEKOLAH
  • Sijil berhenti sekolah tiap-tiap murid yang dibuang sekolah dibawah peruntukan-peruntukan peraturan 8 atau 9  hendaklah dicatat oleh guru besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang sekolah dibawah peruntukan-peruntukan peraturan-peraturan tersebut.
7.0 PERANAN DAN TUGAS
  1. Guru-guru : Melaporkan kes salah laku atau amalan baik
  2. Ketua guru disiplin/ GPK HEM: Menentukan kesahan kes dan mencadangkan tindakan
  3. Pengetua: Sama ada bersetuju dengan tindakan yang dicadangkan, atau meminda tindakan, dan membuat pengesahan, memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi/ program peningkatan sahsiah.
  4. Guru UBK: Melaksanakan proses bimbingan dan kauseling terhadap murid-murid yang dilakukan kesalahan, memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi/ program peningkatan sahsiah.

8.0 KESIMPULAN:

Rumusan kendiri:

Setiap pihak perlu bertanggungjawab dalam menangani masalah tingkah laku pelajar. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, setiap pelajar di sekolah berada di bawah jagaan pihak sekolah. Setiap tingkah laku adalah dibentuk dan dibina di sekolah oleh masyarakat di sekolah. Sebagai contoh, pelajar-pelajar yang ponteng sekolah sebenarnya mempunyai sebab tersendiri yang menyebabkan mereka terpaksa ponteng dan tidak turun ke sekolah. Keadaan ini menyebabkan kehadiran murid tersebut menjadi tidak baik dan akan menjejaskan prestasi pembelajaran mereka. Mereka juga berhak mendapat persekitaran sekolah yang baik dan selamat. Oleh itu, pihak sekolah perlu mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya berlaku masalah-masalah disiplin di sekolah.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGENALAN DIRI

  PENULIS: JIMMY HO CHIA CHIN (D20201094313) Selamat sejahtera, Sebagai pembuka bicara, saya akan memperkenalkan diri saya ya.. Nama saya, J...