1.0 PENGENALAN
Bilik pembelajaran merupakan bilik yang digunakan oleh semua pelajar untuk mempelajari ilmu yang berkaitan supaya mereka lebih memahami dan menjiwai suasana sebenar subjek yang berkaitan. Sebagai contoh, bilik makmal di sekolah dikhaskan kepada pelajar yang mengambil subjek sains untuk membuat kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan subjek mereka.
Gambar 1: Maklumat Bilik Pembelajaran
2.0 KEPENTINGAN BILIK PEMBELAJARAN
- Memastikan pdpc lebih efektif melalui aktiviti bersemuka.
- Memperkembangkan semangat inkuiri dan ingin tahu murid
- Menggalakkan lebih ramai penyertaan murid dalam bidang-bidang yang trelibat.
- Memperkembangkan kemahiran sainstifik murid
3.0 SUSUN ATUR MAKMAL SAINS
- Reka bentuk makmal bergantung pada fungsi, bahan dan peralatan, dan bilangan pengguna.
- Reka bentuk makmal sains perlu mendapat kelulusan JKR atau perunding projek (Projek Management Consultant)
- Lokasi terbaik makmal:
- Aras 1: Makmal Biologi dan Sains Am
-Aras 2: Makmal Fizik dan Sains Am
4.0 SPESIFIK KESELAMATAN MAKMAL SAINS
- Makmal sains perlu selamat, selesa dan mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang cukup.
- Kemasan lantai: Jubin seramik yang berwarna cerah dan tidak digilap
- Dinding: berwarna cerah dan ada papan pameran
- Tingkap: Jenis " naco", tingkap gelongsor, tingkap gantung atas, atau tingkap gantung sisi.
- Pintu: Setiap makmal perlu mempunyai sekurang- kurangnya 2 pintu dan berjeruji.
5.0 TANGGUNGJAWAB GURU MAKMAL
- Menguruskan perolehan peralatan dan bahan sains mengikut Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling yang berkuatkuasa.
- Memeriksa peralatan dan bahan sains yang baru dibeli dan yang baru diterima mengikut bilangan dan spedisifiknya.
- Mengelola persediaan dan pelaksanaan Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA).
- Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains.
- Melaksanakan program/ aktiviti perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan kakitangan makmal.
- Memastikan tugas penyelenggaraan komputer dalam makmal sains dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.
6.0 TANGGUNGJAWAB GURU BENGKEL
- Menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan di bengkel untuk proses pdpc dan kerja amali.
- Menyediakan panduan, peraturan dan jadual penggunaan bengkel serta memastikan aspek pemantauan dilaksanakan.
- Menyediakan sudut informasi pendidikan untuk mempamerkan hasil kerja murid yang berkualiti, carta/ rajah/ model pembelajaran, dan sebagainya yang boleh memberi pengukuran kepada proses pdpc.
- Memastikan aset kerajaan seperti inventori serta harta model direkod dan dikemaskini.
- Menyediakan pengurusan rekod seperti buku rekod pinjaman, kemalangan, kerosakan, penggunaan, lawatan/ pemantauan bengkel dan sentiasa mengemaskini penggunaannya.
6.0 TANGGUNGJAWAB GURU STUDIO DAN BILIK SENI
- Menyediakan panduan, peraturan dan jadual penggunaan studio/ bilik seni serta memastikan aspek pemantauan dilaksanakan.
- Memastikan peraturan keselamatan studio dan pelan kawad kecemasan disediakan dan dipamerkan.
- Memastikan studio/bilik seni sentiasa kondusif untuk pdpc dari segi kecukupan peralatan fizikal dan bahan pembelajaran.
- Menjaga kebersihan dan keceriaan.
- Menyelenggara stok agar sentiasa berada dalam keadaan boleh digunakan.
- Membuat laporan kerosakan untuk aset baik pulih.
- Membuat hapus kira bagi aset yang tidak dapat dibaiki lagi.
- Memastikan alat dan bahan yang disimpan dalam keadaan baik, kemas dan teratur dengan menggunakan rak dan almari.
- Melabelkan setiap ruang penyimpanan alat dan bahan.
7.0 KESIMPULAN
REFLEKSI KENDIRI
Bilik pembelajarang yang disediakan di sekolah sangat penting untuk kegunaan pelajar. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, setiap subjek di sekolah perlu mempunyai bilik khas untuk membantu murid-murid dalam pembelajaran. Sebagai contoh, bilik geografi perlu disediakan untuk kegunaan murid yang mengambil subjek geografi. Mereka boleh mengetahui pengunaan peta, alat-alat pengukur dan sebagainya. Keadaan ini akan membantu pelajar untuk mengingati fakta dengan lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan