TOPIK 7: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA





 PENULIS: JIMMY HO CHIA CHIN

1.0 PENGENALAN
Di Malaysia, terdapat pelbagai kaum dan bangsa yang hidup bersatu hati dengan aman dan damai. Kepelbagaian kebudayaan di Malaysia menyebabkan negara ini merupakan salah satu negara yang unik dan terkenal di mata dunia. Sebagai contoh, terdapat pelbagai bangsa dan kaum di Malaysia seperti bangsa Melayu, Cina, India, Bumiputera Sarawak dan Sabah. Keadaan ini menyebabkan kepelbagaian budaya wujud di negara ini terutamanya di sekolah. Sekolah merupakan tempat yang mengumpulkan kesemu pelajar-pelajar yang datang dari pelbagai budaya dan latar belakang. Oleh itu, keadaan ini menjadikan kepelbagaian budaya di sekolah menjadikan sekolah di Malaysia sangat unik.


2.0 Definisi

  1. Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajaru oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir, 2002).
  2. Budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat. (Tylor 1871).
  3. Kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi pendidikan (Banks, 1989).
  4. Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha, 1997).
Dalam konteks Malaysia, para pelajar di institusi pendidikan terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai latar belakang berbeza seperti agama, etnik, bahasa dan budaya. Hal ini menunjukkan kewajaran mengenai kepentingan pendidikan pelbagai budaya. Tujuan pendidikan pelbagai budaya diwujudkan adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan dan sikap.

Pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek: konsep, gerakan dan proses (Banks, 1989).
  1. Dari aspek konsep: Pendidikan pelbagai budaya merupakan idea yang melihat semua pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar di dalam kelas tanpa membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik atau kriteria lain.
  2. Dari aspek gerakan: Pendidikan pelbagai budaya didefinisikan sebagai usaha untuk mengubah institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar daripada semua kaum, kelas sosial, jantina dan lain-lain memiliki peluang yang sama untuk belajar.
  3. Dari aspek proses: pendidikan pelbagai budaya dapat difahami sebagai proses untuk mencapai tujuan agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar.
3.0 PRINSIP PENDIIDKAN PELBAGAI BUDAYA YANG BERKESAN
  • Pendidikan pelbagai budaya adalah pendidikan asas untuk menyediakan semua pelajar bagi memberi sumbangan secara maksimum dalam kehidupan dunia masa sekarang.
  • Pendidikan pelbagai budaya harus termasuk dalam setiap kurikulum.
  • Pendidikan pelbagai budaya meliputi tujuan-tujuan pembelajaran adektif dan kognitif.
  • Populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan mengarah kepada pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar.
4.0 PENDEKATAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA
  • Guru menolong pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam semua bidang termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran bidang termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran yang sensitif dan sesuai dengan latar belakang pelajar.
  • Guru memberi perhatian kepada suara hati pelajar.
  • Komunikasi secara verbal dan bukan verbal antara guru dan pelajar hendaklah dianalisis untuk meningkatkan penyertaan pelajar semasa proses pembelajaran.
  • Pelajar perlu merasa selesa dan diterima apabila mereka membawa identiti budaya mereka ke dalam bilik darjah.
  • Pengajaran pendidikan pelbagai budaya harus fleksibel kerana tidak ada satu pun kaedah pembelajaran sesuai untuk seluruh pelajar.
  • Pengajaran pendidikan pelbagai budaya adalah berpusatkan pelajar, tidak sesuai apabila menggunakan kaedah kuliah.
  • Pendidikan pelbagai budaya berasas kepada prinsip: penghargaan, empati dan kesamarataan.
  • Cara belajar pelajar dan cara guru mengajar hendaklah difahami bagi membina dan mengembangkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan.
  • Pendidikan pelbagai budaya hendaklah dimasukkan ke dalam kurikulum secara formal.
  • Pendidikan pelbagai budaya mesti memberi kesan kepada kurikulum di setiap peringkat.
  • Pendidikan pelbagai budaya hendaklah mengajar pelajar untuk berfikir secara kreatif dengan memberi kebebasan untuk bertanya.
  • Memerlukan pemahaman terhadap budaya kaum lain.
  • Pendidikan pelbagai budaya mesti menggunakan masyarakat sebagai sumber.
5.0 DASAR PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA

6.0 KEPENTINGAN MEMAHAMI KEPELBAGAIAN BUDAYA BAGI GURU SEKOLAH
  • Guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya: Dengan adanya pemahaman terhadap kepelbagaian budaya, guru akan dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Nilai menghormati dan menerima buday orang lain akan wujud dalam diri murid. Seterusnya mereka akan lebih memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam masyarakat pelbagai budaya.
  • Dalam konteks profesional keguruan, dengan memahami kepelbagaian budaya, seseorang akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya. Tidak asa prasangka atau prajudis terhadap diri murid. Guru akan lebih berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat.
  • Walaupun pendidikan pelbagai budaya boleh meningkatkan perpaduan di kalangan pelajar, tetapi pendekatan ini kurang dijalankan oleh para pendidik di Malaysia.

7.0 REFLEKSI KENDIRI

Pada pendapat saya, kepelbagaian budaya terhasil daripada kewujudan kepelbagaian kaum dan bangsa pelajar di sekolah. Setiap sekolah di Malaysia akan menerima keadaan yang sama dan sebagai guru yang bertanggungjawab harus menerima dan mengekalkan kepelbagaian budaya tersebut. Sebagai contoh, guru-guru perlu menghormati kepelbagai budaya dan tidak memilih kasih terhadap pelajar-pelajar yang datang dari pelbagai budaya.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGENALAN DIRI

  PENULIS: JIMMY HO CHIA CHIN (D20201094313) Selamat sejahtera, Sebagai pembuka bicara, saya akan memperkenalkan diri saya ya.. Nama saya, J...